Loghat atau Dialek Rakyat Perak | Sumber ini di ambik di facebook melalui akaun Ryann Helmy.Kebetulan cik en merupakan rakyat Negeri Perak, rasanya penerangan ini bagus untuk rakyat negeri lain mengetahui loghat atau dialek yang ada di dalam negeri perak.
Perak mempunyai 5 loghat atau dialek.
- Utara Perak seperti Parit Buntar dan Bagai Serai, loghatnya lebih kepada loghat utara seperti kedah dan pulau pinang.
- Hulu Perak pula seperti Kroh, Grik dan Lenggong lebih kedengaran bunyi orang kelantan dan Patani
- Daerah Kinta, longhat berbeza kerana disini kebanyakan kawasan merantau dan majoritinya dari kepulauan Indonesia
- Perak Tengah seperti Kuala Kangsar, Bota, Parit, yang ini merupakan loghat asli Negeri Perak. Menggunakan bahasa ate, kome, pasior, mike, teman dan sebagainya. Kuala Kangsar kampung cik en ye.
- Perak selatan seperti Tapah, Teluk Intan, loghat lebih ekpada selangor dan johor.
Jadi inilah keistimewaan Negeri Perak. Dalam satu negeri pu, loghat mereka berbeza-beza.

No comments:
Post a Comment